LAMAN WEB RASMI KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
EMAIL
|
|
|
|
 
ADMIN
ONLINE
PROGRAM
KURSUS PENDEK
R&D
SEKILAS
ALUMNI
 
Only search at kkkla.edu.my
Teknologi Perabot

Pengenalan

Program Teknologi Pembuatan Perabot ini adalah merangkumi bidang yang luas berkaitan kerja-kerja merekabentuk dan pembuatan perabot tradisional serta moden. Orientasi penghasilan perabot diaplikasikan dengan penggunaan komputer dan automasi CNC. Program ini akan memberikan persediaan kepada pelajar untuk memulakan kerjaya mereka di dalam Industri Pembuatan Perabot.

 

Industri pembuatan perabot masa kini memerlukan tenaga kerja mahir dari pelbagai latarbelakang pendidikan. Keperluan ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar program ini.

Kolej Komuniti yang menawarkan program ini :

  • Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
  • Kolej Komuniti Gerik, Perak Darul Ridzuan.
  • Kolej Komuniti Mentakab, Pahang Darul Makmur.

 

Objektif Program

Program ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan :

  • Menghasilkan rekabentuk untuk tujuan pembuatan perabot.
  • Menyediakan lukisan-lukisan kerja berskala dengan detail.
  • Menentukan jenis bahan.
  • Senarai potongan bahan.
  • Kuantiti dan kos.
  • Penyeliaan proses penghasilan perabot dan kemasan.
  • Menjalankan ujian-ujian kawalan mutu.
  • Pengeluaran dan pemasaran.

 

Kemudahan-kemudahan :

  • Bengkel Teknologi Pembuatan Perabot.
  • Bengkel CNC

 

Pengetahuan

Setelah mengikuti program ini pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti berikut :

  • Menghasilkan lukisan rekabentuk perabot secara manual dan terbantu komputer.
  • Menentukan kuantiti dan kos.
  • Menyelia kerja-kerja pembinaan perabot dari peringkat awal hingga akhir.
  • Menjalankan ujian-ujian untuk kawalan mutu.
  • Memastikan pematuhan kepada keperluan piawai binaan perabot.
  • Pengeluaran dan pemasaran.

 

Bidang Kerjaya Lulusan

Lulusan Program ini berpeluang berkhidmat sebagai :

  • Juruteknik, Tukang Perabot di Sektor Awam atau Perekabentuk Perabot, Pengendali Mesin, Penyelia Kilang, Juruteknik Kilang di Sektor Berkanun dan Swasta untuk lulusan sijil.
  • Pembantu Teknik di Sektor Awam atau Pembantu/ Pengurus Pengeluaran, Pembantu/ Pengurus Kilang di Sektor Berkanun dan Swasta untuk lulusan diploma.
  • Lulusan-lulusan program ini juga boleh bekerja di tapak, pejabat rekabentuk, makmal ujian kualiti, penyelidikan bahan atau membuka perniagaan sendiri.

 

Penilaian Modul Program

Setiap modul dalam program ini akan dinilai dalam bentuk sumatif dan formatif. Penilaian formatif membawa pemberatan sebanyak 80%, manakala penilaian sumatif sebanyak 20%. Kaedah yang digunakan untuk penilaian formatif adalah seperti projek, portfolio, kerja makmal, kuiz dan tugasan. Bagi penilaian sumatif pula akan melibatkan peperiksaan akhir pada setiap semester.

 

Sukatan Pelajaran

SEMESTER 1

MODUL AM

MODUL TERAS

SPA 101 Pendidikan Islam

BFM 101    Aplikasi Komputer

SPA 102 Pendidikan Moral

BFM 104    Lukisan Perabot

SPA 103 English for Communication 1

BFM 106    Teknologi Pembuatan Perabot 1

SPA 106 Pembangunan Diri 1

BFM 107    Kemasiapan Perabot Perabot 1

SEMESTER 2

MODUL AM

MODUL TERAS

SPA 203 English for Communication 2

BFM 202   Asas Keusahawanan

SPA 204 Matematik Gunaan 1

BFM 203   Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

SPA 205 Sains Gunaan 1

BFM 205   Lukisan Perabot Terbantu Komputer 1

SPA 206 Pembangunan Diri 2

BFM 206   Tekonogi Pembuatan Perabot 2

 

BFM 207 Kemasiapan Perabot 2

SEMESTER 3

Pelajar akan menghadiri Latihan Industri sepanjang semester

SEMESTER 4

MODUL AM

MODUL TERAS

SPA 304 Matematik Gunaan 2

BFM 305  Lukisan Perabot Terbantu Komputer 2

SPA 305 Sains Gunaan 2

BFM 306  Teknologi Pembuatan Perabot 3

SPA 306 Pembangunan Diri 3

BFM 307  Kemasiapan Perabot 3

 

BFM 308   Automasi Perabot CADD-CAM

 

BFM 311   Projek Kemahiran

 

Cara Memohon

Permohonan bagi Program Sijil Teknologi Pembuatan Perabot boleh di buat dengan menggunakan borang permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti mengikut prosedur yang terkandung di dalam buku kemasukan pelajar ke Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Borang permohonan dan buku maklumat tersebut boleh di beli dari mana-mana Kolej Komuniti, Politeknik atau di Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


Harga buku tersebut adalah RM 6.00 (Bayaran hendaklah melalui wang pos sahaja).

53 tahun
KEMERDEKAAN
showcounter
NEW VISITOR
Today
14
Yesterday
37
Total
46121
Average
36
online users - 3
BERITA TERKINI
Get a free account @students.kkkla.edu.my
Pautan Rasmi





Copyright © 2006 Kolej Komuniti Kuala Langat. Hak Cipta Terpelihara Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Kolej Komuniti Kuala Langat | contact_us@kkkla.edu.my | Tel: 03-31202030 | Fax: 03-31202080

PENAFIAN: Kolej Komuniti Kuala Langat KPTM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.