Pengenalan

Sijil Teknologi Maklumat merangkumi modul asas dalam bidang ICT seperti Komunikasi Data, Sistem Rangkaian, Sistem Pengoperasian, Bahasa Pengatucaraan (C/C++ dan Visual Basic), Pangkalan Data, Internet, Multimedia dan Pembangunan Laman Web. Program ini juga mengandungi modul lain seperti pemasangan komputer dan Sistem Digital. Program Sjil Teknologi Maklumat ini adalah terletak di bawah Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran.

Objektif Program

Menghasilkan individu yang berkemahiran dalam bidang Teknologi Komputer dan Maklumat (ICT) khususnya perisian aplikasi, pangkalan data, multimedia, pengaturcaraan, perkakasan, dan rangkaian.

Kemudahan - Kemudahan :

1. Makmal Aturcara
2. Makmal Pemasangan
3. Makmal Multimedia

Bidang Kerjaya

Lulusan program ini berpeluang berkhidmat sebagai;

  • Pembangun Sistem (Programmer) Pembangun Laman Web Pembantu Juruanalisis Sistem Penyenggara Sistem
  • Usahawan ICT

Kolej Komuniti yang menawarkan program ini

  • Kolej Komuniti Alor Gajah, Melaka. Kolej Komuniti Grik, Perak Darul Ridzuan. Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan. Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan. Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan Kolej Komuniti Hulu Langat Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak. Kolej Komuniti Paya Besar Kolej Komuniti Mentakab
  • Kolej Komuniti Segamat 2

Sukatan Pelajaran

SEMESTER 1

MODUL AM

MODUL TERAS

SPA 101 Pendidikan Islam

TTM 101 Sistem Aplikasi

SPA 102 Pendidikan Moral

TTM 102 Pengatucaraan C++

SPA 103 English for Communication I

TTM 103 Pemasangan Komputer

SPA 106 Pembangunan Diri 1

TTM 104 Internet

SEMESTER 2

MODUL AM

MODUL TERAS

SPA 203 English for Communication II

TTM 205 Pangkalan Data

SPA 204 Matematik Gunaan

TTM 206 Sistem Digital

SPA 205 Sains Gunaan

TTM 207 Komunikasi Data

SPA 206 Pembangunan Diri 2

TTM 208 Visual Basic

SEMESTER 3

Pelajar akan menghadiri Latihan Industri sepanjang semester

SEMESTER 4

MODUL AM

MODUL TERAS

SPA 304 Matematik Gunaan

TTM Sistem Pengoperasian

SPA 305 Sains Gunaan

TTM Sistem Rangkaian

SPA 306 Pembangunan Diri 3

TTM Pembagunan Laman Web

 

TTM Asas Multimedia

Syarat Kelayakan Memohon

Bagi program Sijil Kolej Komuniti :

* Calon mestilah warganegara Malaysia
* Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ata setaraf.

Keutamaan pemilihan akan diberikan kepada calon-calon setempat serta mendapat pencapaian yang terbaik dalam Matematik dan Sains peringkat SPM atau setaraf

Cara Memohon

Permohonan bagi Program Sijil Teknologi Pembuatan Perabot boleh di buat dengan menggunakan borang permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti mengikut prosedur yang terkandung di dalam buku kemasukan pelajar ke Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Borang permohonan dan buku maklumat tersebut boleh di beli dari mana-mana Kolej Komuniti, Politeknik atau di Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


Harga buku tersebut adalah RM 6.00 (Bayaran hendaklah melalui wang pos sahaja).