bm-msbm-ms

Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Kuala Langat

"Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran"

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Bakal Pelajar

Ingin mengetahui lebih lanjut program sepenuh masa.

Baca lagi

Pelajar

Sekiranya anda merupakan pelajar semasa

Baca lagi

Pelawat

Sekiranya anda berminat dengan kursus pendek.

Baca lagi

Staf

Sekiranya anda warga Kolej Komuniti Kuala Langat.

Baca lagi

Alumni

Sekiranya anda lepasan pelajar Kolej Komuniti.

Baca lagi

Bidang Pengoperasian Perniagaan

BIDANG PENGOPERASIAN PERNIAGAAN
BIL KOD MODULAR NAMA MODULAR TEMPOH
1. P10M01 Pengendalian Pejabat 5 bulan
2. P10M02 Pengendalian Sumber Manusia 5 bulan
3. P10M03 Pengendalian Pemasaran 5 bulan
4. P10M04 Pembangunan Perniagaan 6 bulan
PROGRAM PROSPEK KERJAYA TEMPOH
P10M01:PENGENDALIAN PEJABAT
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pengendalian pejabat khususnya dari aspek tugas-tugas am pejabat, perkhidmatan pelanggan, penyelenggaraan rekod dan fail dan pengurusan mesyuarat. Pelajar juga didedahkan dengan situasi sebenar berkaitan pengurusan pejabat melalui lawatan ke organisasi tertentu.
Kerani Am 5 bulan
P10M02:PENGENDALIAN SUMBER MANUSIA
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pengendalian sumber manusia. Pelajar akan didedahkan dengan tatacara pengambilan pekerja, prosedur pengesahan jawatan, latihan dan pembangunan staf dan penilaian prestasi melalui aktiviti lawatan ke jabatan-jabatan sumber manusia.
Pembantu Pengurusan Sumber Manusia 5 bulan
P10M03:PENGENDALIAN PEMASARAN
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi mengendalikan aktiviti pemasaran sesuatu produk. Mengenalpasti persekitaran pemasaran, aplikasi strategi pemasaran dan perkhidmatan pelanggan merupakan aspek yang diberi penekanan dalam pengendalian pemasaran. Pelajar juga akan didedahkan dengan teknik pemasaran melalui e-dagang dan pelaksanaan promosi jualan yang sesuai bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan sepanjang kursus.
Pembantu Pemasaran 5 bulan
P10M04:PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pembangunan perniagaan. Penekanan arena pembelajaran kursus meliputi tatacara penubuhan perniagaan, pengurusan profil perniagaan, penyediaan rancangan perniagaan dan penyediaan dokumen sumber. Pelajar juga akan didedahkan kepada teknik pemasaran melalui e-dagang dan lawatan ke projek usahawan yang berjaya.
Usahawan/Peniaga 6 bulan