bm-msbm-ms

Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Kuala Langat

"Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran"

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Bakal Pelajar

Ingin mengetahui lebih lanjut program sepenuh masa.

Baca lagi

Pelajar

Sekiranya anda merupakan pelajar semasa

Baca lagi

Pelawat

Sekiranya anda berminat dengan kursus pendek.

Baca lagi

Staf

Sekiranya anda warga Kolej Komuniti Kuala Langat.

Baca lagi

Alumni

Sekiranya anda lepasan pelajar Kolej Komuniti.

Baca lagi

Bidang Pengkeranian Akaun

BIDANG PENGKERANIAN AKAUN
BIL KOD MODULAR NAMA MODULAR TEMPOH
1. P11M01 Asas Perakaunan 6 bulan
2. P11M02 Aplikasi Komputer Dalam Perakaunan 3 bulan
3. P11M03 Sistem Perakaunan Berkomputer 6 bulan
4. P11M04 Percukaian 6 bulan
PROGRAM PROSPEK KERJAYA TEMPOH
P11M01:ASAS PERAKAUNAN
Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai pengendalian asas perakaunan, penyediaan buku tunai runcit dan penyata penyesuaian bank serta pengendalian kos. Disamping itu, ianya mengandungi kombinasi pengurusan dokumen sumber, buku catatan pertama, akaun lejar, imbangan duga, penyata kewangan, buku tunai runcit, penyata penyesuaian bank, pengurusan buruh, upah dan bahan mentah yang diberi penekanan khusus dalam melahirkan seorang kerani yang cekap dan berkebolehan.
Kerani akaun, Pembantu akauntan, 6 bulan
P11M02:APLIKASI KOMPUTER DALAM PERAKAUNAN
Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai pengendalian komputer dalam perakaunan khususnya melalui penggunaan pemprosesan perkataan, hamparan elektronik dan aplikasi persembahan.
Kerani akaun 3 bulan
P11M03:SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER
Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai pengendalian sistem perakaunan melalui pengurusan asas perakaunan, folder, profail syarikat, carta akaun, baki awal, stok, aging hutang, pengelompokan jurnal, rekod urusniaga perniagaan, penyediaan penyata penyesuaian bank dan laporan kewangan. Aspek pengendalian sistem kawalan stok dan sistem pembayaran gaji juga diberi penekanan khusus dalam melahirkan seorang kerani yang cekap dan berkebolehan dalam menggunakan sistem perakaunan.
Kerani akaun 6 bulan
P11M04:PERCUKAIAN
Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai latihan asas percukaian, mengendalikan cukai langsung dan dokumen percukaian. Melalui percukaian, peserta didedahkan dengan takrifan Akta Cukai Pendapatan 1967 dan juga penentuan dokumen-dokumen cukai. Pelajar akan didedahkan dengan pengendalian cukai langsung melalui penentuan cukai individu dengan penggajian dan perniagaan serta perancangan cukai melalui kaedah taksiran bersama dan taksiran berasingan. Manakala melalui aspek pengendalian dokumen percukaian, peserta didedahkan dengan sistem e-filling dan penyediaan dokumen pembayaran cukai oleh majikan. Aspek ini melengkapkan peserta supaya lebih cekap dalam mengendalikan dokumen cukai.
Kerani audit
Ejen Cukai
6 bulan