Soalan Lazim
- Ditulis oleh Super User
- Kategori: Keperluan Web
- diterbitkan pada Selasa, 20 Mac 2012 20:41
- Hit: 4498
- Adakah kolej komuniti sebuah IPTS?
- Tidak. Kolej Komuniti adalah milik kerajaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
- Apakah kursus yang ditawarkan oleh kolej komuniti?
- Kami menawarkan dua jenis kursus, iaitu Kursus Pendek dan kursus sepenuh masa SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
- Kursus pendek yang kami tawarkan adalah dalam bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh komuniti seperti Membuat Kek, Menjahit Langsir, Masakan Frozen Food, Sulaman Pakaian, Asas Sevis Kenderaan, Gunting Rambut, Asas Applikasi Komputer, dan lain-lain. Jadual kursus adalah sentiasa berubah dan jenis kursus juga adalah tertakluk kepada pengurusan sesebuah kolej komuniti.
- Kursus Sijil Modular pula adalah kursus sepenuh masa yang ditawarkan oleh kolej komuniti kepada sesiapa sahaja ahli komuniti yang berminat untuk mempelajari kemahiran dan latihan dalam bidang-bidang seperti penyaman udara, pastri, jahitan dan fesyen, pelukis pelan, perakaunan perniagaan , pelancongan, dan lain-lain. Walaupun kursus SMK ini lebih banyak diambil oleh remaja lepasan sekolah menengah namun kami juga mendapat kemasukan daripada bakal-bakal pesara tentera, polis, dan pekerja-pekerja syarikat kecil.
- Kursus SMK berjalan diantara 3 bulan hingga 6 bulan, dan ahli komuniti perlu melihat dahulu senarai bidang SMK yang ditawarkan di sesebuah kolej komuniti kerana jenis kursus yang ditawarkan adalah tertakluk kepada lokasi kolej komuniti.
- Apakah perbezaan di antara Sijil Kolej Komuniti dan Sijil Modular Kebangsaan (SMK)?
- Sijil Kolej Komuniti adalah sijil yang memenuhi standard JPA/ MQA. Pelajar perlu 'terampil' (lulus) semua SMK berkaitan dan mempunyai sijil SPM untuk dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti.Sijil Modular Kebangsaan (SMK) pula adalah sijil yang dianugerahkan bagi pengajian kursus kemahiran bermodular (3-6 bulan). SMK dianugerahkan sebagai bukti kemahiran pelajar dalam sesuatu bidang kemahiran yang diambil.
- Adakah Sijil Kolej Komuniti diiktiraf ?
- Ya! Sijil Kolej Komuniti diiktiraf oleh JPA/ MQA
Sijil Modular Kebangsaan pula sedang dalam proses pengiktirafan.
Sijil Modular Kebangsaan adalah sijil pengesahan kemahiran (terampil).
- Berapa lama tempoh pengajian di Kolej Komuniti ?
- Tiada tempoh maksimum pengajian di Kolej Komuniti.
- Tempoh pengajian bagi satu Kursus Modular (SMK) adalah diantara 3-6 bulan (bergantung kepada jenis SMK).
- Anda boleh mengambil apa sahaja kursus modular yang anda mahu. Dan anda boleh tukar-tukar bidang pada bila-bila semester
- Berapakah yuran yang dikenakan ?
- Yuran RM10/ bulan dikenakan bagi setiap tempoh pengajian SMK
- Adakah penginapan pelajar disediakan ?
- Tiada penginapan. Walaubagai manapun, pihak kolej boleh mambantu pelajar mencari rumah sewa berdekatan
- Bagaimana pengajian di Kolej Komuniti dijalankan?
- Pengajian dijalankan dalam bentuk teori dan latihan praktikal.
- Apa peluang kerja lulusan Kolej Komuniti ?
- Lulusan Kolej Komuniti boleh bekerja di sektor Awam* (kerajaan), swasta, atau bekerja sendiri (usahawan) selepas tamat pengajian
* Bagi pemegang Sijil Kolej Komuniti sahaja. Lulusan Sijil Modular tidak layak memohon kerja di sektor awam.

