bm-msbm-ms

Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Kuala Langat

"Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran"

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Bakal Pelajar

Ingin mengetahui lebih lanjut program sepenuh masa.

Baca lagi

Pelajar

Sekiranya anda merupakan pelajar semasa

Baca lagi

Pelawat

Sekiranya anda berminat dengan kursus pendek.

Baca lagi

Staf

Sekiranya anda warga Kolej Komuniti Kuala Langat.

Baca lagi

Alumni

Sekiranya anda lepasan pelajar Kolej Komuniti.

Baca lagi

Perutusan Pengarah

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah dengan limpah kurniaNya laman web ini dapat disiapkan. Saya mewakili seluruh warga Kolej Komuniti Kuala Langat, berbesar hati dan mengalu-ngalu tuan-puan melayari laman web bagi mendapatkan maklumat dan dapat mafaatkannya. Sebagai sebuah institusi pengajian, menjadi tanggungjawab warga kolej dalam mendukung Misi Nasional iaitu “menjana sumber ekonomi dalam sektor berintensifkan teknologi dan pengetahuan (ICT)” seterusnya bertanggungjawab mencorakkan pelajarnya dengan budaya yang cintakan pengetahuan terkini dan tidak meminggirkan pembentukkan modal insan. Adanya laman web ini, akan menjadi salah satu sumber maklumat ke arah menggalakkan warga kolej mengambil bahagian dalam revolusi ICT. Ini bertepatan dengan kehendak Perdana Menteri kita;

“ Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global ini, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan” (Utusan Malaysia: 11)

Diharapkan dengan kewujudan laman web ini menjadi salah satu media komunikasi dikalangan warga kolej dan komuniti luar, ini secara tidak lansung ia dapat membantu dari aspek pengurusan. Adanya e-pembelajaran, diharap dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi kursus sepenuh masa. Disamping itu, web ini menjadi satu kaedah promosi bagi perlaksanaan program pendidikan sepanjang hayat kepada komuniti setempat. Akhir sekali saya ingin mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak yang telah membantu bagi menjayakan hasrat ini.

Sekian, terima kasih,

(ZAINAH RUJIHAN)
Pengarah,

Kolej Komuniti Kuala Langat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia SELANGOR.