bm-msbm-ms

Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Kuala Langat

"Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran"

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Bakal Pelajar

Ingin mengetahui lebih lanjut program sepenuh masa.

Baca lagi

Pelajar

Sekiranya anda merupakan pelajar semasa

Baca lagi

Pelawat

Sekiranya anda berminat dengan kursus pendek.

Baca lagi

Staf

Sekiranya anda warga Kolej Komuniti Kuala Langat.

Baca lagi

Alumni

Sekiranya anda lepasan pelajar Kolej Komuniti.

Baca lagi

Jawatankuasa ini telah dilantik pada Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Alumni KKKL pada 11 Feb 2012.

carta alumni

Diterbitkan dalam Segmen Alumni
Sabtu, 31 Mac 2012 13:57

Keahlian

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Bekas Pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Komuniti Caw. Klang dan Caw Shah Alam


Bagaimana untuk menjadi Ahli Persatuan Alumni

  1. Mendaftar sebagai ahli dengan mengisi Borang Persatuan Alumni KKKL
  2. Bayaran yuran pendaftaran keahlian seumur hidup RM 50.00

Hubungi Kami
Nabihan Mohd Hamid
Penyelaras Alumni
(Unit Hubungan Industri, Pengesanan Graduan & Alumuni)
Tel (0)   :+603 3120 2030 samb. 311
Fax        : +603 3120 2080
FB     : https://www.facebook.com/graduanklcc
            

Mohd Yasier Mohd Yusof
Pengerusi Alumni KKKL
Tel (HP) : +601 2227 5263
Mohd Najid Omar
Biro Promosi Alumni KKKL
Tel (HP) : +601 7379 7539

Farah Hanim Mohd Sidek
Biro KK KUALA LANGAT
Tel (HP) : +601 7324 7686

Aidy Mohd Amin
Biro KK KLANG
Tel (HP) : + 601 7383 0312

Diterbitkan dalam Segmen Alumni
Sabtu, 31 Mac 2012 13:54

Peranan Persatuan Alumni KKKL

  1. Menghimpunkan kembali bekas-bekas pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat,Caw. Klang dan Caw. Shah Alam melalui pelbagai aktiviti yang bakal dirancang.
  2. Menyediakan prasarana informasi mengenai kegiatan dan hal ehwal persatuan.
  3. Mendapatkan maklumat kerjaya dan pengajian lanjutan.
  4. Dijadikan sebagai pintu masuk bagi semua Alumni untuk memberi atau meneriama sumbangan kepakaran, material, khidmatan nasihat kearah meningkatkan kualiti pengajian institusi.
  5. Menganjurkan aktiviti-aktiviti persatuan ke arah pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang seimbang.
  6. Menjaga kebajikan ahli persatuan.
  7. Membantu ahli persatuan dalam  pembangunan profesionalisme, intelektual, kerohanian dan sosio-ekonomi.
Diterbitkan dalam Segmen Alumni
Rabu, 21 Mac 2012 08:13

PENGAMBILAN 2012

PEMBERITAHUAN

 PERMOHONAN  DAN PENGAMBILAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT  2012 AKAN DIBUAT PADA JANUARI, MEI ,JULAI DAN SEPTEMBER.

Diterbitkan dalam Sijil Modular Kebangsaan
Selasa, 20 Mac 2012 20:41

FAQ

Adakah kolej komuniti sebuah IPTS?
Tidak. Kolej Komuniti adalah milik kerajaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.


Apakah kursus yang ditawarkan oleh kolej komuniti?
Kami menawarkan dua jenis kursus, iaitu Kursus Pendek dan kursus sepenuh masa SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
Kursus pendek yang kami tawarkan adalah dalam bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh komuniti seperti Membuat Kek, Menjahit Langsir, Masakan Frozen Food, Sulaman Pakaian, Asas Sevis Kenderaan, Gunting Rambut, Asas Applikasi Komputer, dan lain-lain. Jadual kursus adalah sentiasa berubah dan jenis kursus juga adalah tertakluk kepada pengurusan sesebuah kolej komuniti. 
    

Kursus Sijil Modular pula adalah kursus sepenuh masa yang ditawarkan oleh kolej komuniti kepada sesiapa sahaja ahli komuniti yang berminat untuk mempelajari kemahiran dan latihan dalam bidang-bidang seperti penyaman udara, pastri, jahitan dan fesyen, pelukis pelan, perakaunan perniagaan , pelancongan, dan lain-lain. Walaupun kursus SMK ini lebih banyak diambil oleh remaja lepasan sekolah menengah namun kami juga mendapat kemasukan daripada bakal-bakal pesara tentera, polis, dan pekerja-pekerja syarikat kecil.

Kursus SMK berjalan diantara 3 bulan hingga 6 bulan, dan ahli komuniti perlu melihat dahulu senarai bidang SMK yang ditawarkan di sesebuah kolej komuniti kerana jenis kursus yang ditawarkan adalah tertakluk kepada lokasi kolej komuniti.


Apakah perbezaan di antara Sijil Kolej Komuniti dan Sijil Modular Kebangsaan (SMK)?
 Sijil Kolej Komuniti adalah sijil yang memenuhi standard JPA/ MQA. Pelajar perlu 'terampil' (lulus) semua SMK berkaitan dan mempunyai sijil SPM untuk dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti.Sijil Modular Kebangsaan (SMK) pula adalah sijil yang dianugerahkan bagi pengajian kursus kemahiran bermodular (3-6 bulan). SMK dianugerahkan sebagai bukti kemahiran pelajar dalam sesuatu bidang kemahiran yang diambil.


Adakah Sijil Kolej Komuniti diiktiraf ?
Ya! Sijil Kolej Komuniti diiktiraf oleh JPA/ MQA

Sijil Modular Kebangsaan pula sedang dalam proses pengiktirafan.
Sijil Modular Kebangsaan adalah sijil pengesahan kemahiran (terampil).



Berapa lama tempoh pengajian di Kolej Komuniti ?
Tiada tempoh maksimum pengajian di Kolej Komuniti.
Tempoh pengajian bagi satu Kursus Modular (SMK) adalah diantara 3-6 bulan (bergantung kepada jenis SMK).
Anda boleh mengambil apa sahaja kursus modular yang anda mahu. Dan anda boleh tukar-tukar bidang pada bila-bila semester


Berapakah yuran yang dikenakan ?
Yuran RM10/ bulan dikenakan bagi setiap tempoh pengajian SMK


Adakah penginapan pelajar disediakan ?
Tiada penginapan. Walaubagai manapun, pihak kolej boleh mambantu pelajar mencari rumah sewa berdekatan


Bagaimana pengajian di Kolej Komuniti dijalankan?
Pengajian dijalankan dalam bentuk teori dan latihan praktikal.


Apa peluang kerja lulusan Kolej Komuniti ?
Lulusan Kolej Komuniti boleh bekerja di sektor Awam* (kerajaan), swasta, atau bekerja sendiri (usahawan) selepas tamat pengajian

* Bagi pemegang Sijil Kolej Komuniti sahaja. Lulusan Sijil Modular tidak layak memohon kerja di sektor awam.

Diterbitkan dalam web requirement
Sabtu, 17 Mac 2012 11:02

Karnival Perakaunan Perniagaan

WB-Karnival-Keusahawanan--940-x-295

Diterbitkan dalam SlideShow
Isnin, 12 Mac 2012 13:12

Galeri Kolej

Koleksi gambar aktiviti dan peristiwa yang melibatkan Kolej Komuniti Kuala Langat

Diterbitkan dalam Sekilas
Rabu, 07 Mac 2012 10:23

Yok Berkursus

WB---Yok-Berkursus---940-x-295

Diterbitkan dalam SlideShow
Rabu, 07 Mac 2012 09:34

Video Kolej

Video terbitan Kolej Komuniti Kuala Langat ini dihasilkan sendiri oleh kepakaran daripada unit Multimedia dan Sumber serta unit Multimedia Kreatif (Animasi) Kolej Komuniti Kuala Langat.

Diterbitkan dalam Sekilas
Sabtu, 03 Mac 2012 20:49

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN
a. Proses pendaftaran pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar.
b. Proses PLTV dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut Takwim Aktiviti Tahunan KKKL.
c. Setiap aduan pelanggan yang relevan akan diambil tindakan.
d. Semua pembayaran yuran akan dikeluarkan resit pada hari yang sama pembayaran dibuat.
e. Setiap kursus diajar oleh tenaga pengajar yang berkelayakan.

Diterbitkan dalam web requirement