bm-msbm-ms

Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Kuala Langat

"Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran"

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Bakal Pelajar

Ingin mengetahui lebih lanjut program sepenuh masa.

Baca lagi

Pelajar

Sekiranya anda merupakan pelajar semasa

Baca lagi

Pelawat

Sekiranya anda berminat dengan kursus pendek.

Baca lagi

Staf

Sekiranya anda warga Kolej Komuniti Kuala Langat.

Baca lagi

Alumni

Sekiranya anda lepasan pelajar Kolej Komuniti.

Baca lagi

Sample Image

KAJIAN OLEH: RASHIDAH ABU DAN NURHUDA NIZAR

Kajian ini dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuala Langat. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau prestasi pelajar dari aspek sikap/personaliti dan kemahiran pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat swasta mahupun jabatan kerajaan. Selain itu juga, ia bagi membolehkan Unit Perhubungan & Latihan Industri merancang aktiviti yang lebih bersesuaian sebelum pelajar menjalani latihan industri bagi memperlengkapkan pelajar dengan kriteria-kriteria yang dapat memenuhi keperluan majikan. Sampel kajian ini terdiri daripada 64 orang pelajar program Sijil Perakaunan Perniagaan bagi sesi Julai 2008, Januari 2009 dan Julai 2009. Kaedah pengumpulan data adalah secara kuantitatif. Dalam kaedah kuantitatif ia melibatkan penganalisaan data daripada borang soal selidik kepada majikan. Data ini kemudian diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, version 11.0) dan Microsoft Office Excel 2007. Dapatan kajian menunjukkan persepsi majikan terhadap prestasi sikap pelajar adalah di tahap baik. Persepsi majikan terhadap prestasi pelajar bagi aspek kemahiran pula berada di tahap sederhana. Beberapa kriteria yang lemah dalam aspek sikap/personaliti dan kemahiran pelajar telah dikenalpasti. Antaranya ialah kemampuan untuk melaksanakan tugas dalam jangkamasa yang ditetapkan; kemahiran berkomunikasi dengan kakitangan syarikat; kemampuan pelajar untuk bekerja sendiri dengan pengawasan yang minimum; dan kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kerja. Sehubungan dengan itu Unit Perhubungan & Latihan Industri perlu mengambil beberapa inisiatif seperti mengadakan karnival kerjaya, ceramah motivasi dan merangka semula kursus Pra Latihan Industri sebagaimana dibincangkan dalam subtopik cadangan.

Diterbitkan dalam Terbitan KKKLA

Sample Image

OLEH: KEMBEK BINTI RAMLEE DAN MAHANOM BINTI ISMAIL

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi kursus Asas Perakaunan dalam topik lejar, terhadap pelajar semester 1 Sijil Perakaunan Perniagaan di Kolej Komuniti. Antara aspek yang dikaji ialah untuk menilai dan sama ada MPK yang dihasilkan Sesuai dari segi kesahan isi pelajaran dan bahasa penyampaian. Sesuai dan memenuhi kehendak pelajar yang pelbagai Dapat membantu pelajar menguasai isi pelajaran tanpa bantuan pensyarah Kajian ini dilakukan ke atas kesemua pelajar semester satu Program Sijil Perakaunan Perniagaan dan semua pensyarah perakaunan Program Perakaunan Perniagaan di Kolej Komuniti Kuala Langat.

Diterbitkan dalam Terbitan KKKLA