bm-msbm-ms

Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Kuala Langat

"Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran"

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Bakal Pelajar

Ingin mengetahui lebih lanjut program sepenuh masa.

Baca lagi

Pelajar

Sekiranya anda merupakan pelajar semasa

Baca lagi

Pelawat

Sekiranya anda berminat dengan kursus pendek.

Baca lagi

Staf

Sekiranya anda warga Kolej Komuniti Kuala Langat.

Baca lagi

Alumni

Sekiranya anda lepasan pelajar Kolej Komuniti.

Baca lagi

FAQ

Vote it
(0 undian)
Ditulis oleh  Diterbitkan dalam web requirement

Adakah kolej komuniti sebuah IPTS?
Tidak. Kolej Komuniti adalah milik kerajaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Apakah kursus yang ditawarkan oleh kolej komuniti?
Kami menawarkan dua jenis kursus, iaitu Kursus Pendek dan kursus sepenuh masa SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
Kursus pendek yang kami tawarkan adalah dalam bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh komuniti seperti Membuat Kek, Menjahit Langsir, Masakan Frozen Food, Sulaman Pakaian, Asas Sevis Kenderaan, Gunting Rambut, Asas Applikasi Komputer, dan lain-lain. Jadual kursus adalah sentiasa berubah dan jenis kursus juga adalah tertakluk kepada pengurusan sesebuah kolej komuniti. 
    
Kursus Sijil Modular pula adalah kursus sepenuh masa yang ditawarkan oleh kolej komuniti kepada sesiapa sahaja ahli komuniti yang berminat untuk mempelajari kemahiran dan latihan dalam bidang-bidang seperti penyaman udara, pastri, jahitan dan fesyen, pelukis pelan, perakaunan perniagaan , pelancongan, dan lain-lain. Walaupun kursus SMK ini lebih banyak diambil oleh remaja lepasan sekolah menengah namun kami juga mendapat kemasukan daripada bakal-bakal pesara tentera, polis, dan pekerja-pekerja syarikat kecil.

Kursus SMK berjalan diantara 3 bulan hingga 6 bulan, dan ahli komuniti perlu melihat dahulu senarai bidang SMK yang ditawarkan di sesebuah kolej komuniti kerana jenis kursus yang ditawarkan adalah tertakluk kepada lokasi kolej komuniti.

Apakah perbezaan di antara Sijil Kolej Komuniti dan Sijil Modular Kebangsaan (SMK)?
 Sijil Kolej Komuniti adalah sijil yang memenuhi standard JPA/ MQA. Pelajar perlu 'terampil' (lulus) semua SMK berkaitan dan mempunyai sijil SPM untuk dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti.Sijil Modular Kebangsaan (SMK) pula adalah sijil yang dianugerahkan bagi pengajian kursus kemahiran bermodular (3-6 bulan). SMK dianugerahkan sebagai bukti kemahiran pelajar dalam sesuatu bidang kemahiran yang diambil.

Adakah Sijil Kolej Komuniti diiktiraf ?
Ya! Sijil Kolej Komuniti diiktiraf oleh JPA/ MQA

Sijil Modular Kebangsaan pula sedang dalam proses pengiktirafan.
Sijil Modular Kebangsaan adalah sijil pengesahan kemahiran (terampil).

Berapa lama tempoh pengajian di Kolej Komuniti ?
Tiada tempoh maksimum pengajian di Kolej Komuniti.
Tempoh pengajian bagi satu Kursus Modular (SMK) adalah diantara 3-6 bulan (bergantung kepada jenis SMK).
Anda boleh mengambil apa sahaja kursus modular yang anda mahu. Dan anda boleh tukar-tukar bidang pada bila-bila semester

Berapakah yuran yang dikenakan ?
Yuran RM10/ bulan dikenakan bagi setiap tempoh pengajian SMK

Adakah penginapan pelajar disediakan ?
Tiada penginapan. Walaubagai manapun, pihak kolej boleh mambantu pelajar mencari rumah sewa berdekatan

Bagaimana pengajian di Kolej Komuniti dijalankan?
Pengajian dijalankan dalam bentuk teori dan latihan praktikal.

Apa peluang kerja lulusan Kolej Komuniti ?
Lulusan Kolej Komuniti boleh bekerja di sektor Awam* (kerajaan), swasta, atau bekerja sendiri (usahawan) selepas tamat pengajian

* Bagi pemegang Sijil Kolej Komuniti sahaja. Lulusan Sijil Modular tidak layak memohon kerja di sektor awam.

Lagi dalam kategori ini: « Dasar Privasi

7 Komen

  • NURUL AZREEN NURUL AZREEN
    Pautan Komen Posted on Isnin, 10 September 2012 12:09

    Bila sesi kemasukan ke Kolej Komuniti Sesi Desember 2013 & Januari 2013 dan sesi permohonan dibuka ?..

  • Pautan Komen Posted on Isnin, 07 Mei 2012 16:26

    Salam Sejahtera Nor Rindiana,

    Untuk makluman saudari, kursus bahasa inggeris ada ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Langat. Saudari boleh rujuk takwim kursus pendek April -Jun 2012 di website kami dan memohon secara online di www.kkkla.edu.my. Walaubagaimanapun, bagi kami masih belum ada perancangan untuk mengadakan Kursus Mandarin. Saudari boleh rujuk ke Kolej Komuniti Caw. Klang mengenai kursus tersebut di talian 03-33732030. Sebarang makluman lanjut boleh hubungi kami di talian 03-31202030. Sekian, terima kasih.

  • Nor Rindiana Nor Rindiana
    Pautan Komen Posted on Isnin, 07 Mei 2012 10:17

    Salam Sejahtera,

    saya duduk di Bnadar Putra 2, Klang selangor, saya berminat untuk mengambil kursus jangka pendik. saya berminat untuk mengambil kursus Bahasa Inggeris dan mandarin, bagaimna untuk sya sertai kursus tersebut. harap mendapat balasan dari pihak tuan.

    Sekian Terima kAsih.

    Rin

  • Nor Rindiana Nor Rindiana
    Pautan Komen Posted on Isnin, 07 Mei 2012 10:16

    Pautan Komen Posted on Isnin, 07 Mei 2012 10:15

    Salam Sejahtera,

    saya duduk di Bnadar Putra 2, Klang selangor, saya berminat untuk mengambil kursus jangka pendik. saya berminat untuk mengambil kursus Bahasa Inggeris dan mandarin, bagaimna untuk sya sertai kursus tersebut. harap mendapat balasan dari pihak tuan.

    Sekian Terima kAsih.

    Rin

Tinggalkan Komen