![]()
DISEDIAKAN OLEH: NOORAZLINA BINTI HASHIM
Kolej Komuniti Kuala Langat adalah salah sebuah institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 2001, Kolej Komuniti Kuala Langat telah melahirkan ramai graduan peringkat sijil yang terlatih dan berkemahiran. Terdapat juga segelintir pelajar yang menyambung pengajian ke institusi yang lebih tinggi untuk melanjutkan pengajian ke pringkat diploma. Pada tahun 2010 telah berlaku transformasi pada sistem Kolej Komuniti yang mana Program sijil yang dahulunya dijalankan selama 2 tahun telah di ubah menjadi Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) yang mana program ini mengambil masa hanya 4~ 6 bulan bagi melahirkan pekerja yang berkemahiran termasuklah dalam bidang Pemasangan Elektrik. Oleh kerana kurikulum SMK Pendawaian Elektrik ini dibina tanpa disertakan modul yang khusus maka penulis mengambil inisiatif untuk membangunkan nota kursus untuk digunakan oleh semua pelajar yang mengambil Sijil Modular Kebangsaan-Pemasangan Elektrik. Diharapkan dengan adanya nota kursus: Sistem Pendawaian Elektrik sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam membuat rujukan.