bm-msbm-ms

Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Kuala Langat

"Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran"

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Bakal Pelajar

Ingin mengetahui lebih lanjut program sepenuh masa.

Baca lagi

Pelajar

Sekiranya anda merupakan pelajar semasa

Baca lagi

Pelawat

Sekiranya anda berminat dengan kursus pendek.

Baca lagi

Staf

Sekiranya anda warga Kolej Komuniti Kuala Langat.

Baca lagi

Alumni

Sekiranya anda lepasan pelajar Kolej Komuniti.

Baca lagi

Cara Permohonan

Sijil Kolej Komuniti Berterusan - SKK (T)
Maklumat Sijil Kolej Komuniti – SKK (T)

Maklumat AM
Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dijalankan secara keseluruhan sepenuh masa dan secara semester. Tempoh setiap semester adalah 4 bulan.

Apakah menariknya program ini?
• Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan.
• Diiktiraf oleh badan-badan professional dan agensi-agensi kerajaan.
• Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan.
• Penilaian dilaksanakan oleh badan professional dan agensi kerajaan.
• Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak.
• Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran. 

Syarat Am Institusi ( Kemasukan)
• Warganegara MALAYSIA
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) atau setara
• Kredit matapelajaran Matematik

Tempoh pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 16 bulan hingga 20 bulan bergantung kepada bidang kursus yang ditawarkan.
Bantuan Kewangan
Pinjaman Kewangan

Pemohon layak memohon bantuan kewangan pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) mengikut syarat atau Tabung Penjaman Pelajaran (TPP).

Cara permohonan

1. http://upu.mohe.gov.my

Pembelian no. unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN):
( Jika calon telah membeli no.unik id tetapi telah hilang no. tersebut anda perlu membeli semula)
Lepasan SPM/SKM/Setaraf : RM10.60
Lepasan STPM/Setaraf : RM15.60

2. Permohonan secara ‘walk in’ di Kolej Komuniti:

Datang ke Kolej Komuniti berdekatan dengan membawa salinan kad pengenalan serta salinan keputusan SPM.

Sijil Kolej Komuniti Bermodular - SKK(M)
Maklumat Sijil Kolej Komuniti – SKK (M)
Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbukti kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dijalankan secara sepenuh masa.

Apakah menariknya program ini?
• Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan.
• Diiktiraf oleh badan-badan professional dan agensi-agensi kerajaan.
• Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan.
• Penilaian dilaksanakan oleh badan professional dan agensi kerajaan.
• Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
• Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran.

Syarat Am Institusi ( Kemasukan )
• Warganegara MALAYSIA.
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM/SPMV ) atau setara.

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 16 bulan hingga 20 bulan bergantung kepada kursus yang ditawarkan.
Bantuan Kewangan
Pinjaman Kewangan
Pemohon layak memohon bantuan kewangan pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) mengikut syarat atau Tabung Pinjaman Pelajaran ( TPP ).

Cara permohonan
Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti dibuka sepanjang tahun melalui laman web:
1. http://upu.mohe.gov.my

Pembelian no.unik ID di Bank Simpanan Nasional ( BSN ):
( Jika calon telah membeli no.unik id tetapi telah hilang no. tersebut anda perlu membeli semula)
Lepasan SPM/SKM/Setaraf : RM 10.60
Lepasan STPM/Setaraf : RM15.60

2. Permohonan secara ‘walk in’ di Kolej Komuniti:

Datang ke Kolej Komuniti dengan membawa salinan kad pengenalan serta salinan keputusan SPM.