SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA PROGRAM DIPLOMA IN TELECOMMUNICATION TECHNOLOGY SESI JULAI 2013
Diterbitkan dalam Terkini
Adalah dimaklumkan, Semakan Panggilan Temuduga Pelajar bagi Program Diploma in Telecommunication Technology di Kolej Komuniti Kuala Langat boleh dibuat pada 6 Jun 2013 bermula pada pukul 12.00 tengahari.
Untuk semakan, boleh menyemak keputusan permohonan melalui laman web Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.
Untuk semakan dan rayuan, calon -calon boleh klik SINI
Bagi calon-calon yang berjaya, sila hadir ke sesi temuduga mengikut ketetapan berikut:
TARIKH : 11 JUN 2013 (SELASA)
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Calon yang dipanggil temuduga, dikehendaki hadir ke pusat temuduga dengan membawa DOKUMEN ASAL DAN DOKUMEN SALINAN :
- Surat Panggilan Temuduga
- Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
- Salinan Keputusan Peperiksaan Sijil SPM/SPMV yang disahkan
- Salinan transkrip Sijil Kolej komuniti
- Salinan Sijil Kolej Komuniti
- Dua (2) keping gambar berukuran saiz pasport
SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT, CALON-CALON BOLEH BERHUBUNG DENGAN URUSETIA PENGAMBILAN DIPLOMA, UNIT PENGAMBILAN KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT DI TALIAN 03-31202030 EXT 105.
MAJLIS KONVOKESYEN KE-7 KOLEJ KOMUNITI WILAYAH SELANGOR DIPINDA
Diterbitkan dalam Terkini[MAKLUMAN]
Majlis Konvokesyen Ke-7 Kolej Komuniti Wilayah Selangor yang dijadualkan pada 5 dan 6 Julai 2013 dipinda pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Sebarang kesulitan amat dikesali. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.












